Doktor Maklumkan Azlan Komeng Mungkin Akan Lumpuh, “Peluang Untuk Kembali Macam Dulu 50-50” | Oh! Media
Pelakon Azlan Komeng berdepan risiko lumpuh selepas kemalangan serius yang dialaminya baru-baru ini. Isterinya, Nur Nilam Ortiz berkongsi berita sedih ini dengan hati yang berat, namun tetap reda dengan sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.
Abang mungkin akan lumpuh. Itu yang doktor maklumkan setakat ini. Sekarang ni, peluang dia untuk kembali macam dulu 50-50. Andai kata kuasa Tuhan dia ditakdirkan boleh berjalan, Alhamdulillah. Kuasa Tuhan siapa nak tahu kan.
Kredit Gambar: Royce Iqram
Tidak dinafikan, hati seorang isteri pasti luluh menerima kenyataan ini. Namun, Nilam tetap berpegang kepada harapan dan kekuasaan Tuhan.
Tipula akak cakap sebagai isteri tak sedih bila kita dengar suami kita macam ini. Tapi Insya-Allah, macam saya cakap, keajaiban Tuhan kita tak tahu.
Nilam turut menjelaskan bahawa dia sudah bersedia jika keadaan suaminya tidak berubah.
Saya dah cakap dengan abang, saya akan berniaga. Berniaga kecil-kecilan pun takpa. Cuma harapan dapat job berlakon tu mudah-mudahan adalah.
Azlan yang kini masih terlantar di hospital tidak mampu menguruskan dirinya sendiri selepas mengalami kecederaan serius dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang baru-baru ini.
Ohmedia doakan Azlan cepat sembuh dan mampu untuk berjalan semula.