Pelakon Amyza Aznan memohon doa orang ramai buat anaknya, Andre Mikhail yang kini sedang dirawat di hospital.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Amyza memohon ikhtiar selain rawatan perubatan untuk membantu anaknya.


“Assalamualaikum kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya ibu kepada Andre Mikhail, sekarang berada di hospital. Tolong doakan anak saya.
“Kepada sesiapa yang pandai tolong ikhtiarkan dengan apa sahaja perubatan. Tolong.
“Sesiapa yang pandai perubatan jarak jauh ke apa saya perlukan bantuan anda sekarang,” katanya.
Sementara itu, Amyza turut memaklumkan doktor menasihatkan keluarga agar bersedia dengan sebarang kemungkinan.

“Doktor minta keluarga stand by. Ya Allah tolonglah kepada sesiapa yang bijak dalam bidang selain hospital. Tolong saya malam ini (Ahad),” katanya.
Tahun lalu anak sulungnya, Andre disahkan kanser paru-paru tahap tiga.




