Dolla semakin berani

KUALA LUMPUR – Kehadiran ‘band girl’ Dolla semakin diterima baik dan mendapat tempat di hati peminat muzik tempatan. Dari single pertama mereka, Dolla Make You Wanna kumpulan dianggotai empat wanita ini berjaya mencipta fenomena.

Bakat dan keunikan yang dimiliki Dolla sekali gus menepis tanggapan segelintir pihak yang melihat kemunculan mereka hanya sekadar ‘menjual’ rupa dan penampilan semata-mata.

Namun, siapa sangka sangkaan itu meleset berdasarkan beberapa pencapaian yang diraih menerusi beberpa single yang dilancarkan selepas itu. Malah, single Raya Raya Raya yang dilancarkan sempena sambutan Aidilfitri lalu menjadi siulan ramai selain trending di YouTube dan pelantar muzik digital.

Tidak mahu membiarkan peminat ternanti-nanti apa lagi kelainan yang bakal ditampilkan, Dolla yang dianggotai Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) muncul dengan buah tangan terbaharu berjudul Berani.

Sabronzo, 26, yang mewakili Dolla berkata, lagu hasil ciptaan sepenuhnya oleh John Jeevesdan Firdaus Rahmatitu sedikit berbeza daripada kebanyalan single mereka sebelum ini

“Dari teaser yang Dolla sudahmuat naik di Instagram, boleh dengar yang instrumental lagu ini memang lain. Malah, ‘vibe’ dan genre juga lain daripada lagu yang Dolla buat sebelum ini. Dalam erti kata lain, kali ini kita buat ia perlahan sedikit.

“Mungkin peminat Dolla akan tertanya-tanya kenapa single kaliini berbeza dari segi susunan muzik. Bagi saya, Dolla juga nak tunjukkan sisi lain yang selama ini ramai tidak tahu terutamanya dalam muzik ini. Paling penting, kami mahu buktikan Dolla juga versatil sebagai grup M-Pop,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai single Berani itu, Dolla yang pernah muncul menerusi telefilem yang mengisahkan kehidupan mereka iaitu Dolla Watch Me Glow berkata, lagu itu mengisahkan mengenai pemerkasaan wanita melalui sistem sokongan.

“Lagu Berani ini ditujukan kepada wanita dan mahumengangkat martabat wanita itu menerusi semangat juang dengan bangkit melawan penindasan dan ketakutan. Pada zaman ini, seseorang wanita sudah perlu keluar dari segala ketakutan dengan menggantikannya dengan berani dan menunjukkan kepada dunia bahawa dia tidak takut, dia berani dan berdikari.

“Jadi, jelas tema yang ingin disampaikan dan diketengahkan menerusi lagu ini adalah semangat dan membangkitkan keberanian dalam diri wanita. Bukan apa, hari ini masih ramai wanita yang takut untuk berubah kerana berasakan diri mereka lemah. Disebabkan itu, wanita perlu sentiasa ada sokongan yang kuat dari orang sekeliling,” katanya.

Bagi Sabronzo juga, tema yang diketengahkan dalam lagu Beranu itu ditujukan khas buat peminat setia mereka yang sudah banyak memberikan sokongan dari awal kemunculan Dolla.

“Jadi apa yang membuatkan lagu ini istimewa adalah Dolla menjadikan lagu Berani ini sebagai lagu dedikasi buat seluruh peminat kami yang digelar iDolla yang sudah setia memberikan sokongan dan sentiasa berada bersama kami.

“Itu sudah cukup memberikan motivasidan inspirasi kepada kami untuk terus berjaya dan memberikan yang terbaik dalam bidang muzik ini.”

“Harapan Dolla adalah semoga iDolladan peminat muzik tempatan boleh menghargai dan enjoy dengan lagu Berani i. Paling penting juga harapnyapendengar dapat menerima sisi lain Dolla dalam lagu ini,” katanya.

Berkongsi lanjut mengenai video muzik (MV) Berani yang diarahkan oleh Thaqif Saadonitu, Sabronzo berkata terdapat beberapa faktor yang menjadikan MV ini lain daripada yang lain.

“Pertama adalah pengunaan medium animasi dalam mengambarkan Dolla dalam suatu alam yang berbeza. Dengan masa yang diberikan, kami sepenuh tenaga mengumpulkan segala kudrat untuk menghasilkan MV yang kami percaya akan mengangkat martabat MV berkonsepkan animasikepada aras yang lebih tinggi.

“Dari segi teknikal juga, kami mengaplikasikan beberapa teknik baharu dalam membolehkan dan membuka kunci kepada apa yang kami ingin sampaikan dari imaginasi kami ke dalam bentuk visual. Perkara itu adalah pengunaan Projeksi 2D keatas bahan 3Dmembolehkan kami melakukan adengan dan juga animasi yang kami tidak boleh sebelum ini.

“Dari segi penyampaian cerita juga, kami cuba yang terbaik untuk menyampaikan suatu cerita fantasi yang bergantung kepada penonton untuk huraikan dan impretasikan diri mereka sendiri,” katanya.

Terdahulu, pada Mei lalu, Dolla menerima penghargaan daripada Samsung apabila wajah mereka telah diabadikan sebagai lukisan mural yang terletak di Jalan Tun H.S. Lee, Kuala Lumpur.

Dolla juga menjadi artis ketiga tanah air muncul di Billboard New York Times Square pada 20 September lalu.

Pada masa sama, Dolla turut dilantik sebagai antara duta Spotify equal SGMY.

Sementara itu, single Berani yang turut mendapat sentuhan John Jeevess elaku penerbit dan penggubah dilancarkan secara rasmi di semua platform muzik digital pada 24 September ini.

Serentak itu, video muzik boleh boleh ditonton di saluran YouTubeDollaVEVO. – MalaysiaGazette