Dolly Dim Sum dengan bangganya mengumumkan bahawa cawangan-cawangannya kini disahkan halal oleh JAKIM.
Ini termasuk pengesahan untuk dapur berpusat mereka untuk memastikan keseluruhan proses penyediaan makanan mematuhi piawaian halal dan kebersihan.
Dolly Dim Sum sah halal
Dalam satu kenyataan media, Dolly Dim Sum berkata mereka sangat komited terhadap kualiti makanan dan jaminan halal ini untuk memberi pengalaman makan yang lebih baik terutama Muslim.

Dolly Dim Sum menekankan pentingnya makanan dalam menyatukan masyarakat berbilang bangsa dan budaya di Malaysia.
Dengan pengiktirafan Halal ini, mereka berharap dapat menarik lebih ramai pelanggan menikmati dim sum halal dan hidangan lain seperti nasi goreng dan mi.
Senarai cawangan terima sijil halal
Jawatankuasa Halal kami dan sistem yang ada memastikan bukan sahaja ramuan kami halal, malah penyediaan dan pengendalian makanan mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan yang ditetapkan.
Cawangan yang telah menerima pensijilan Halal adalah Suria KLCC, Pavilion KL, NU Sentral, East Coast Mall Kuantan, the Curve, Sunway Putra, KL East, IOI City, Aeon Shah Alam, Sunway Pyramid, dan Setia City Mall. Pensijilan untuk Dolly di Aeon Tebrau City (Johor Bahru) dan Elmina Lakeside dijangka diterima dalam masa terdekat.
Wah! Dengan adanya pengesahan halal dari Jakim ni, makin yakin nak makan di Dolly Dim Sum selepas ini kan?





