Amerika Syarikat sekali lagi kejutkan dunia bila Presidennya, Donald Trump tandatangan satu memorandum rasmi yang arahkan negara tu keluar daripada 66 organisasi antarabangsa. Arahan tu diumumkan oleh Rumah Putih sendiri dan jadi bualan hangat dalam kalangan pemerhati global.
Menurut kenyataan rasmi, langkah drastik ni diambil sebab organisasi-organisasi terbabit dikatakan dah tak berkhidmat untuk kepentingan Amerika Syarikat.
31 organisasi PBB antara yang terlibat

Daripada 66 organisasi yang disenaraikan, 31 daripadanya berada di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Baki 35 lagi merupakan entiti bukan PBB yang turut jadi sasaran penarikan.
Rumah Putih bagaiamanapun tidak nyatakan dengan jelas organisasi mana yang dimaksudkan. Hanya jumlah keseluruhan yang diumumkan, tanpa pendedahan nama badan-badan terlibat.
Situasi ni menimbulkan tanda tanya dan keresahan dalam kalangan pihak antarabangsa yang selama ni bergantung kepada kerjasama AS.
Bukan kali pertama Trump ambil tindakan radikal

Langkah menarik diri daripada badan dunia bukan sesuatu yang baru dalam pentadbiran Trump. Ketika penggal sebelum ini pun, Trump dah tarik AS keluar dari beberapa organisasi besar termasuk WHO dan Perjanjian Iklim Paris.
Kali ni, tindakan itu nampaknya diteruskan lagi dengan skala lebih besar. Buat masa ni, belum ada kenyataan rasmi dari pemimpin negara lain, tapi ramai menjangka akan ada reaksi tegas dalam masa terdekat. Negara-negara sekutu AS mungkin akan desak penjelasan lanjut ataupun cuba pujuk Trump untuk runding semula.
Pssttt! Kadang-kadang satu keputusan negara besar boleh beri kesan besar kepada dunia. Ohmedia harap korang semua sentiasa peka dengan perkembangan global macam ni sebab ia boleh tempias pada ekonomi, keselamatan dan masa depan kita juga.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




