Kuantan: Ketua jurulatih Sri Pahang, Thomas Dooley mahu skuadnya bangkit daripada kekecewaan apabila berdepan Perak di Stadium Darul Makmur, malam esok.
Jurulatih kelahiran Jerman itu berkata, kekalahan 1-3 kepada Selangor pada perlawanan pertama Liga Super Sabtu lalu, sudah dilupakan pemainnya.
“Justeru, semua pemain perlu bekerja keras untuk memastikan kemenangan memihak kepada Sri Pahang.
“Ini kerana beraksi di tempat sendiri bukannya kelebihan buat pasukan kerana ketiadaan penyokong. Saya harap pemain dapat memanfaatkan segala peluang yang dimiliki,” katanya.
Mengulas kekuatan dimiliki Perak, dia mengakui pasukan itu bukan sahaja mantap, malah berbahaya jika anak buahnya gagal menyekat permainan lawan.
“Prestasi Perak tidak boleh diperkecilkan dan persediaan lebih padu untuk memastikan kejayaan buat Sri Pahang,” katanya.
Difahamkan, Dooley akan mengekalkan kesebelasan utama yang beraksi ketika Sri Pahang tewas 1-3 kepada Selangor, Sabtu lalu.
Dua penyerang import, Yevhen Bokhashvili dan Pedro Henrique kekal untuk mengetuai jentera serangan pasukan.