Dortmund tersungkur di tangan Mainz

Dortmund tersungkur di tangan Mainz

Mainz: Borussia Dortmund terus dihantui nasib malang apabila tewas buat kali keempat dengan kali ini di tangan Mainz menerusi jaringan 1-3.

Dortmund, yang baru saja meraih kemenangan 1-0 ke atas Sturm Graz menghadapi kesulitan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas kaptennya Emre Can dibuang padang pada minit 27.

Keadaan semakin buruk ketika Lee Jae-sung mencetak gol pada menit ke-36 untuk memastikan Mainz mendahului perlawanan 1-0.

Pertahanan Dortmund dilihat agak rapuh apabila membenarkan Jonathan Burkardt mencetak gol kedua bagi Mainz hasil hantaran silang untuk kedudukan 2-0 pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Mainz jelas sekali terus menguasai perlawanan apabila mencetak gol ketiga pada minit ke-54 melalui Paul Nebel.

Keputusan 3-1 kekal hingga tamat perlawanan sekali gus menyaksikan Dortmund kini hanya mengumpul 16 mata untuk berada di posisi ketujuh liga.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top