Oh! Artis
Tareq Fit dikecam netizen lepas didakwa suka kecam orang gemuk tapi isteri sendiri berisi.
Kalau sebelum ni bukan main lagi lantang bersuara soal orang gemuk, kali ni jurulatih kecergasan Tareq Fit pula yang jadi perhatian netizen. Bukan sebab dia bersenam lebih atau apa, tapi sebab dakwaan netizen yang kata isteri dia sendiri pun berisi.
Yang buat ramai panas, Tareq sebelum ni selalu gesa orang supaya kurus demi kesihatan. Tapi bila sampai bab pasangan sendiri, terus lain pula nada katanya.
Netizen dakwa Tareq Fit buat pusingan ‘U’

Isu tercetus bila video Tareq mempertahankan bentuk badan isterinya. Katanya, dia memang suka wanita berisi dan minta isterinya jangan turunkan berat badan lagi.
Menurut Tareq, sebelum ni isterinya memang gemuk tapi sekarang cuma terlebih berat badan sikit je. Dia siap cakap dia tak suka kalau isteri terlalu kurus.
Dulu isteri saya gemuk, ya! Namun sekarang Alhamdullilah dia cuma terlebih berat badan sahaja, tidak terlalu gemuk. Sebab saya dah pesan dengan dia: ‘Sayang jangan turunkan berat badan, sebab saya taknak kamu kurus kering.’” katanya.
Katanya wanita chubby lebih cantik

Tareq juga jelaskan, bagi dia wanita yang curvy dan chubby tu lebih menarik, terutama untuk yang dah kahwin. Malah, dia siap cakap kalau diberi peluang untuk berpoligami nanti, dia tetap akan pilih wanita chubby.
Kenapa? Sebab perempuan lagi cantik apabila mereka berisi, curvy, chubby. Yang dah kahwin faham kan? Alhamdullilah.
Inshallah, di masa akan datang, jika Allah SWT berikan aku kemampuan untuk berpoligami, aku akan mencari perempuan yang Chubby.- Katanya.
Netizen kecam ‘double standard’ Tareq Fit
Ramai netizen rasa keliru dan tertanya-tanya mana satu pendirian sebenar Tareq. Ada yang kata dia ‘double standard’ sebab sebelum ni dia selalu tegur orang lain gemuk, tapi sekarang berubah bila kena batang hidung sendiri.
Hari ini setelah kantoi isteri coach pun berisi, tiba tiba coach pusing pula menyatakan bahawa coach sebenarnya suka wanita chubby. Mana satu yang betul ni?- Kata netizen.
Pssttt! Ohmedia tak kisah pun siapa suka chubby ke kurus ke, tu hak masing-masing. Tapi kalau nak beri nasihat kat orang lain, pastikan diri sendiri pun konsisten dan jangan main ‘U-Turn’ bila kena batang hidung sendiri. Korang setuju tak?
Kredit: Tareq Fit
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




