Dr Ahmad Idham Kongsi Pengalaman Dari Akauntan Ke Layar Perak | Oh! Podcast – Oh! Media

Dr Ahmad Idham Kongsi Pengalaman Dari Akauntan Ke Layar Perak | Oh! Podcast – Oh! Media

Tidak ramai yang tahu bahawa perjalanan seni Dr. Ahmad Idham sebenarnya bermula jauh dari set penggambaran. Dalam episod Oh! Podcast kali ini, figura terkenal industri kreatif ini membuka kisah benar di sebalik kejayaan — bermula sebagai seorang akauntan sebelum menemui panggilan jiwa dalam dunia lakonan dan pengarahan.

Dengan lebih 25 tahun pengalaman, Dr. Ahmad Idham bukan sahaja mencipta nama sebagai pelakon dan pengarah, malah turut aktif dalam memperkasakan pendidikan kreatif dan bakat tempatan. Dalam perbualan santai tetapi penuh isi, beliau berkongsi cabaran sebenar dunia seni, bagaimana beliau melihat potensi industri kreatif Malaysia, dan kenapa menyokong bakat baharu adalah tanggungjawab bersama.

Katanya seni bukan hanya tentang populariti, ia juga tentang mendidik, membimbing, dan membina masa depan.

Beliau turut menyentuh peranannya sebagai pendidik dan usahanya membawa pendekatan profesional dalam pembangunan industri kreatif negara.

Podcast ini bukan sekadar imbasan perjalanan kerjaya, tetapi juga satu bentuk motivasi buat generasi muda yang ingin menceburi bidang seni — atau sesiapa sahaja yang sedang mencari kekuatan untuk mengikut minat sebenar mereka. Untuk ketahui lebih lanut dengarkan podcast penuh di Oh! Podcast

author avatar

Aqinna merupakan produser bagi tim video Oh! Media yang juga bertindak sebagai digital hos sepenuh masa. Selain itu, Aqinna turut menyumbang sebagai penulis artikel, menghasilkan kandungan kreatif dan bermutu untuk platform Oh! Media.

Scroll to Top