“Hormati budaya, tapi jangan takut ilmu”.
Demikian respons pakar bedah kelahiran Malaysia, Dr Amalina Che Bakri yang tampil berkongsi salah faham berkaitan amalan kesihatan tradisional yang sering dilakukan dan dipercayai masyarakat tempatan.
Katanya, dia menolak dakwaan kononnya minum air sejuk selepas bersalin boleh menyebabkan rahim jatuh atau kembang dan masuk angin.
Malah, ia adalah mitos yang sering diwariskan oleh generasi ke generasi terutamanya dalam kalangan masyarakat Malaysia.
“Air sejuk selepas melahirkan, mitos atau perubatan?
“Let’s burst a very important pantang myth in Malaysia. Orang kata kalau minum air sejuk lepas bersalin, rahim boleh jatuh atau kembang atau badan masuk angin
“Medically, itu tak betul. Tidak ada bukti saintifik yang kata air sejuk bahaya untuk ibu lepas bersalin.
“Apa yang penting ialah hidrasi. Untuk tenaga, susu badan dan pemulihan luka.
“Saya pun minum air sejuk lepas bersalin, tapi my uterus is still exactly where it should be,” katanya.
Mengulas lanjut, ibu kepada dua orang cahaya mata itu sempat menitipkan pesana buat semua ibu di luar sana agar ambil minuman yang dirasakan baik untuk tubuh badan selain mendengar arahan doktor dan bukannya mitos.
“Hormati budaya tapi jangan takut ilmu.
“To all mummies minum apa yang buat anda rasa baik. Dengar kata doktor, bukan mitos.
“Your healing, your way,” kongsinya.