norhayati_nordin@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas isteri penyanyi Nubhan Ahamad, 36, iaitu Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr Fie dipuji netizen kerana didapati sudah ‘move on’ dan semakin bahagia.
Difahamkan, ia berikutan tindakan Dr Fie, 35, yang memuatnaik video ceria bersama rakan-rakannya yang memaparkan kegembiraan mereka mengikuti ‘trend’ tarian di TikTok dengan ucapan terima kasih.
“Healing, working, loving..all at once. Hari ini mereka teman Fie, esok-esok Fie teman mereka pula. InsyaAllah.
“Hari-hari dapat kata-kata semangat, langkah kecil pun tak apa asalkan ‘moving forward’ (bergerak ke hadapan). Siapa yang mesej Fie, I want to say thank you for being there for me walau pun we don’t really know each other (saya ingin ucapkan terima kasih kerana ada untuk saya walaupun kita tidak saling mengenali).
“Hidup ini bukan tentang siapa paling laju, tapi siapa yang tak berhenti walau in slow pace (dalam kadar perlahan),” tulisnya pada kapsyen video dimuatnaik di Instagram (IG).
Pada ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan Dr Fie terus kuat semangat, gembira serta menemui kebahagian baharu dalam kehidupan.
“Semoga Dr Fie menemui kebahagiaan yang hakiki,” tulis pengguna media sosial.
“Cantik dan bijak, moga bertemu lelaki yang baik.. InsyaAllah,” ujar seorang wargamaya.
“Kita semua manusia Fie, tidak memiliki suatu apa pun… tiada yang terlambat atau yang paling laju. Tapi kita semua sedang berjalan dengan laluan masing-masing,” komen netizen.
“Love you Dr Fie. Enjoy your life (Nikmati hidup anda),” kata seorang warganet
Pada 2 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie sahkan bercerai talak dua.
Lafaz cerai pertama dilakukan Nubhan terhadap Dr Fie pada 19 Januari 2017 dan mereka rujuk semula tiga hari kemudian, manakala lafaz cerai kedua pula berlaku pada 26 Ogos lalu.
Nubhan dan Dr Afifah yang juga doktor gigi bernikah pada 29 Ogos 2015. Hasil perkahwinan selama 10 tahun, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3.
© New Straits Times Press (M) Bhd




