opie@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Bekas isteri penyanyi Nubhan Ahamad, Dr Afifah Hidayah Ahmad Tawfek meluahkan rasa marah dan kecewa apabila mendapati pelbagai barang termasuk barangan peribadi dikeluarkan dari rumah didiaminya.
Perkara berkenaan dikongsi Dr Afifah Hidayah yang turut dikenali sebagai Dr Fie, 35, dalam hantarannya di Threads, malam ini.
Dr Fie yang kini bercuti di luar negara berkata, perbuatan berkenaan disifatkan sebagai kejam dan dia berasa sedih diperlakukan sedemikian ketika tidak berada di rumah.
“Kita di overseas (luar negara)….. hbis (habis) diangkut barang2 ku keluar dari rumah i duduk sekarang dengan ank2. Tanpa inform (beritahu) saya!! Kejam kamu!!
“Barang2 ku dicampak je didepan rumah ibu. Sedih diperlaku begini. Pernah dah dia buat saya mcm ni. Ini bukan kali pertama. Tel (telefon) maid (pembantu rumah) pun dirampas
“Barang2 berharga siapa pegang? Duit2 emas2 ku mana??? Skrg xleh (tak boleh) balik ya. Kita diluar negara. Ya Allah, kejamnya kamu, Cctv (kamera litar tertutup) ditutup,” tulisnya dalam hantaran itu.
Dr Fie berkata, dia juga berasa kasihan terhadap ibu bapanya apabila melihat barangannya berada di rumah keluarganya tanpa notis.
Menurutnya dalam hantar lain, tangannya juga menggigil ketika menaip kata-kata dalam hantaran itu dan berharap pihak berkaitan dapat bersabar untuk proses perbincangan isu harta sepencarian.
“Kesian kat parents fie. Balik2 tengok barang anak dia semua kat rumah dia xde (tiada) notice (notis). Sorry (maaf) ibu ayah. Along tak sangka dia buat mcm ni bu. dulu ibu kutip baju2 along dia tinggal depan rumah ibu. Hari ni dia buat lagi.
“Tangan saya menggigil. Dah xdpt (tak dapat) nk buat ayat baik2 lagi. Atleast (sekurang-kurangnya) tgu (tunggu) lah harta sepencarian. Atau bincang elok2. Knp (kenapa) buat terkejut2 macam ni? I balik nnti penat2 brg2 semua terabur Allah! Kuatkan aku!! Kuatkan aku!!,” katanya.
Katanya lagi, dia sudah cuba berdiam dan menjaga aib, tetapi tidak diperlakukan dengan baik.
© New Straits Times Press (M) Bhd




