Pelakon Pablo Amirul menafikan dakwaan berhubung dirinya pernah membuat reviu di sebuah gerai air buah D’Flora yang tular dengan imej mencolok mata ketika melakukan sesi siaran langsung di TikTok.
Nafi pernah reviu gerai air buah

Menerusi perkongsian semula di Threads, video rakaman memperlihatkan isterinya, Dr Hana Rose meluahkan rasa cemburu dan menyoal suaminya mengenai dakwaan itu namun Pablo beberapa kali menegaskan bahawa dia tidak pernah menjejakkan kaki ke gerai tersebut.
“I never been there. I have no idea what they’re talking here,” jelasnya dengan nada serius.
Bagaimanapun, jawapan itu tidak dapat memuaskan perasaan hati isterinya dan masih berasa curiga menyebabkan pelakon itu menekankan berulang kali bahawa semua dakwaan berkenaan tidak benar.

“Tak baik siapa cakap Pablo pergi sana. Tak kelakar ni weh,” ucapnya.
Aktor filem Polis Evo itu turut menjelaskan kekangan masa sebagai alasan mengapa dirinya tidak berkesempatan untuk hadir ke gerai itu.
Menurutnya, jadual kerja yang padat sebagai memerlukan dirinya sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain, termasuk penerbangan dan perjalanan menggunakan motosikal bagi memenuhi jemputan di acara tersebut.
“Pablo ada kerja sebagai host kat sana, tak ada masa nak singgah-singgah. Kerja Pablo naik flight turun naik motor dari lapangan terbang ke tempat event,” jelasnya.

Selain menafikan tuduhan tersebut, dia juga menegaskan bahawa segala tuduhan itu hanyalah sekadar gurauan peminatnya ketika melalukan sesi siaran langsung bersama isteri tercinta.
Artikel lain: Kongsi video berbaju pengantin, Pablo Amirul tamatkan zaman bujang Februari ini
Terdahulu, pasangan ini telah selamat dinikahkan dalam majlis yang berlangsung pukul 12.30 tengah hari di The Dove Hall Kuala Lumpur.
Pelakon berusia 41 tahun itu sah menjadi suami kepada Dr Hana Rose dengan sekali lafaz akad nikah.
Sumber: Threads amalina.munirah_




