Dr. Ruzairi Naib Canselor UTHM baharu

Dr. Ruzairi Naib Canselor UTHM baharu

PUTRAJAYA: Prof. Dr. Ruzairi Abdul Rahim, 55, dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang baharu, berkuat kuasa hari ini. 

Perkara itu diumumkan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

KPT berkata, Ruzairi berkelulusan ljazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang Electronic System & Control Engineering dari Sheffield City Polytechnic, United Kingdom. 

Menurutnya, beliau juga pemegang ljazah Doktor Falsafah dalam bidang Electronic instrumentation Engineering dari The Sheffield Hallam University, United Kingdom. 

“Sebelum ini, Ruzairi juga adalah Dekan Fakulti Kejuruteraan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan pernah menjawat jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UTHM untuk tempoh tiga tahun dari 2016 hingga 2019. 

“Beliau dilihat mampu meneraju UTHM sebagai salah sebuah universiti awam dalam rangkaian Malaysian Technical University Network (MTUN) berdasarkan pengalaman pentadbiran yang luas dan reputasi akademik yang dihormati,” katanya. 

Katanya, kementerian yakin dengan pengalaman luas yang ada Ruzairi mampu melonjakkan UTHM sebagai Global Technopreneur University menjelang tahun 2030. 

KPT turut mengambil kesempatan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Datuk Prof. Dr. Wahid Razzaly atas jasa bakti beliau sebagai Naib Canselor UTHM yang lalu. – UTUSAN

 

 

Scroll to Top