Drama Keluarga Itu Menjijikkan? Erma Fatima Bidas Netizen.. Papar Realiti Sumbang Mahram – “Jiwa Orang Kita Masih Sakit”

Drama Keluarga Itu Menjijikkan? Erma Fatima Bidas Netizen.. Papar Realiti Sumbang Mahram – “Jiwa Orang Kita Masih Sakit”

Meskipun menerima kritikan bertubi-tubi terhadap drama terbitannya, dramatis popular, Erma Fatima tampil membidas respons warganet menerusi hantaran di Instagram miliknya.

Katanya, dia berharap apa yang ditonjolkan menerusi drama ‘Keluarga Itu’ adalah untuk membuka mata mengenai realiti sebenar kehidupan masyarakat kita pada hari ini.

Dalam pada itu, Erma juga berkongsi laporan berita menunjukkan statistik kes rogol yang terjadi di Kelantan adalah disebabkan perasaan ‘suka sama suka’.

“Bila aku buat drama ni kau orang kutuk kata menjijikkan tapi ini realiti di luar sana?,” katanya.

 

Dalan pada itu, Erma turut menggesa pihak kerajaan untuk melakukan tindakan tegas terutamanya bagi membendung kes sumbang mahram yang terjaadi di Malaysia.

“Masih nak simpan bawah karpet? Jiwa org kita makin sakit. Tolong lah  kerajaan ambik peduli dan cari solusi untuk bantu bendung masalah ini. Menyedihkan,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Polis Kelantan memaklumkan, kes sumbang mahram yang terjadi di Kelantan mencatatkan peningkatan sebanyak 15.6 peratus bermula Januari hingga Mac.

Scroll to Top