Draper juara Terbuka Vienna

Draper juara Terbuka Vienna

Vienna: Pilihan ketujuh, Jack Draper, meraih gelaran ATP 500 pertamanya apabila pemain Britain itu menewaskan Karen Khachanov dari Rusia dengan keputusan 6-4, 7-5 dalam final Terbuka Vienna.

Draper mendapati dirinya ketinggalan pada set kedua apabila Khachanov bangkit dari kedudukan 4-0 dengan meraih lima permainan berturut-turut.

Namun, Draper mengambil kembali kawalan dengan mengikat kedudukan 5-5, mematahkan servis Khachanov pada permainan ke-11 dan bangkit dari kedudukan 15-40 pada permainan ke-12.

Draper mencatatkan 30 pukulan kemenangan berbanding 16 untuk Khachanov; Draper juga lebih baik di net, memenangi 14 daripada 16 mata berbanding 8 daripada 14 untuk Khachanov.

Draper, 22, hanya mempunyai satu kejuaraan sebelumnya dalam jelajah, yang diraihnya pada bulan Jun di Stuttgart, Jerman.

Khachanov pula mengharapkan gelaran kedua bulan ini selepas berjaya di Almaty, Kazakhstan.

Sementara itu, pemain Perancis, Giovanni Mpetshi Perricard, menjadi pemain dengan ranking terendah yang memenangi gelaran di Basel sejak kejohanan itu menjadi acara tahap jelajah apabila menewaskan pilihan keenam, Ben Shelton, dengan keputusan 6-4, 7-6 (4) di Switzerland.

Tiada pemain yang mematahkan servis pada set kedua sehingga mata kesembilan tiebreak, apabila Mpetshi Perricard mengambil alih kawalan perlawanan untuk selamanya.

Dia mengakhiri hari gemilang dengan 22 ace (Shelton mencatat 10) dan memenangi 33 daripada 39 mata servis pertamanya (84.6 peratus).

Mpetshi Perricard, 21, memasuki minggu ini dengan ranking ke-50 dalam ATP.

Gelaran ATP pertamanya diraih pada bulan Mei di Terbuka Lyon, Perancis.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top