Pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi keadaan isterinya yang juga pelakon dan aktivis kemanusiaan, Ardell Aryana.
Menerusi hantaran di Threads, Nadzmi kelihatan berkongsi tangkap layar pesanan WhatssApp antara dirinya dan isteri tercinta yang kini dalam misi kemanusiaan bersama 34 delegasi dari Malaysia yang terlibat dalam Global Sumud Flotilla (GSF).
Kata pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan 2 itu, isterinya memaklumkan mengenai keberadaan drone yang semakin banyak terutamanya pada waktu malam.
Namun, enggan dirinya berasa bimbang dengan berita tersebut, Ardell memintanya untuk kekal tenang.
“Semalam dan hari ini memang dah start drone banyak. Tapi malam lagi banyak.
“Dia nak tengok berapa kapal lah tu? Awak tenang, tak ada apa,” katanya.
Mengaku risau dengan laporan yang diberikan isteri tercinta, Nadzmi bagaimanapun menyifatkan Ardell sebagai seorang pahlawan dek kerana tidak takut dengan keadaan dan situasi yang berlaku di depan matanya.
“Drone banyak. Disuruhnya kita bertenang.
“Kau orang semua dekat sana kena tenang dan kuat. Memang isteri ku seorang pahlawan,” kongsinya.





