Dua anggota tentera cedera kereta terjatuh dalam gaung

Dua anggota tentera cedera kereta terjatuh dalam gaung

IPOH – Dua anggota tentera cedera apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabas dan terjatuh ke dalam gaung sedalam kira-kira 4.5 meter di Jalan Pahang dekat Tapah, hari ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata Balai Bomba dan Penyelamat Tapah menerima panggilan pada 9.50 pagi tadi sebelum dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba di lokasi kejadian didapati mangsa lelaki yang memandu Perodua Myvi cedera parah dan patah kaki kiri, manakala penumpang lelaki di bahagian depan cedera ringan dan mengalami patah tangan kiri,” katanya.

Sabarodzi berkata anggota tentera terbabit yang tersepit berjaya dikeluarkan dari kenderaan dan dibawa keluar dari lokasi kejadian.

“Mereka kemudian dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

— BERNAMA

Scroll to Top