Dua beregu lelaki negara tempah slot ke suku akhir Terbuka Jepun

Dua beregu lelaki negara tempah slot ke suku akhir Terbuka Jepun

DUA beregu lelaki negara mara ke suku akhir Terbuka Jepun selepas Aaron Tai-Kang Khai Xing dan beregu profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani menewaskan lawan masing-masing pada pusingan kedua di Gimnasium Metropolitan Tokyo hari ini.

Aaron-Khai Xing terlebih dahulu mengesahkan tempat ke suku akhir selepas menewaskan beregu Taiwan, Lee Jhe Huei-Yang Po Hsuan 21-10, 21-15.

Di peringkat lapan terbaik esok, Aaron-Khai Xing berdepan cabaran lebih getir apabila berkemungkinan menentang pasangan nombor satu dunia dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae atau wakil tuan rumah, Kakeru Kumagai-Hiroki Nishi bagi memburu slot ke separuh akhir.

Sementara itu, Sze Fei-Nur Izzuddin turut melangkah ke suku akhir selepas menundukkan bekas gandingan nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-18, 21-19 dalam tempoh 40 minit.

Sze Fei-Nur Izzuddin turut melangkah ke suku akhir selepas menundukkan bekas gandingan nombor satu dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen 21-18, 21-19 dalam tempoh 40 minit. Foto: BAM

Di suku akhir, Sze Fei-Nur Izzuddin akan menentang sama ada beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard atau pasangan Amerika Syarikat, Chen Zhi Yi-Presley Smith, yang beraksi pada pusingan kedua hari ini. – Bernama

Scroll to Top