KUANTAN – Niat seorang remaja mahu menyelamatkan anak saudaranya yang dibawa arus tidak kesampaian apabila kedua-dua mereka dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras Sungai Pahang, hari ini.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Yusri Othman berkata, kejadian berlaku di Kampung Loyang di Sanggang, Temerloh kira-kira 141 kilometer dari sini, sekitar jam 4.50 petang tadi.
Mereka yang dikhuatiri lemas ialah Mohd Hakim Faqih Norazmi, 16, dari Kampung Desa Murni, Temerloh dan Mohammad Naufal Farhan Mohd Azrul, 8, yang tinggal di Kampung Loyang.