20 Julai 2025 12:05pm
Masa membaca: 4 minit

Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan utara dan tengah Iran sekitar 12.30 tengah malam.
KAHERAH – Gempa bumi berukuran 5.3 magnitud menggegarkan utara dan tengah Iran sekitar 12.30 tengah malam (2137 GMT) pada Sabtu, menurut Pusat Penyelidikan Geosains Jerman (GFZ), lapor Xinhua.
Pusat gempa dengan kedalaman 10 kilometer (km), pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.72 darjah utara dan longitud 55.10 darjah timur, menurut pusat berkenaan.
Satu lagi gempa bumi berukuran 5.4 magnitud menggegarkan kawasan 31 km ke timur perkampungan Qarnabad di timur laut Iran kira-kira 12.30 tengah malam (2137 GMT), menurut laporan itu.
Pusat gempa dengan kedalaman 10 km, pada awalnya ditentukan terletak pada latitud 36.84 darjah utara dan longitud 54.94 darjah timur, tambahnya. – Bernama
Â
Â