“Dua Hari Sekali Mimpikan Mereka” – Hafidz Roshdi Rindu Anak-Anak

“Dua Hari Sekali Mimpikan Mereka” – Hafidz Roshdi Rindu Anak-Anak

Pelakon Hafidz Roshdi mengatakan dia sangat rindukan kedua-dua anaknya, Humaira dan Umar yang kini berada di Australia bersama bekas isterinya, Nurul Shuhada.

Memetik BH Online, Hafidz berkata kali terakhir berhubung dengan anak-anak sebelum mereka ke Australia pada Mei tahun lalu dan tidak dapat menghubungi mereka selepas disekat oleh Shuhada di semua platform.

BACA: Shuhada Langgar Perintah Mahkamah, Tak Izin Anak-Anak Jumpa Hafidz Roshdi

“Boleh kata, dua hari sekali itu mesti termimpikan mereka. Termimpi berjumpa dengan mereka. Untuk ubati rasa rindu, saya cuba kuatkan dirilah. Tengok gambar-gambar dan video-video lama.

“Sebelum ini, ada saya berhubung dengan anak-anak melalui panggilan telefon. Tapi, sekarang ini dah tak dapatlah.

“Kali terakhir, sebelum mereka pergi Australia Mei tahun lalu. Setahun dah tak dapat hubungi anak-anak,” katanya.

Semalam, peguam yang mewakili Hafidziaitu Datuk Akberdin Abdul memaklumkan, Shuhada telah melanggar perintah yang memberikan keizinan kepada anak guamnya untuk melawat anak-anak mereka.

Difahamkan, hak jagaan interim diberikan kepada Syuhada namun ketika cuti sekolah pula diberikan kepada Hafidz namun perintah tersebut tidak dipatuhi.

Sumber: BH Online


Scroll to Top