Oh! Tidak
Dua kanak-kanak tepi jalan Seremban bukan ditinggalkan ibu bapa, tapi keluar sendiri tanpa sedar..
Ramai yang terkejut dan simpati bila viral satu video menunjukkan dua orang kanak-kanak dijumpai di tepi jalan dekat Garden Avenue, Seremban 2. Ramai sangka mereka ditinggalkan oleh ibu bapa sendiri. Tapi, rupa-rupanya sangkaan tu salah.
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din menjelaskan, siasatan mendapati dua kanak-kanak itu sebenarnya keluar dari rumah sendiri tanpa disedari oleh ibu bapa mereka.
Bertindak atas maklumat penemuan dua kanak-kanak oleh orang awam, pihak polis segera ke tempat kejadian lalu membawa kedua-dua kanak-kanak itu ke Balai Polis Seremban 2. Ia bertujuan perlindungan dan pengesahan identiti.- Katanya.
Dua kanak-kanak tak alami kecederaan atau tanda mencurigakan…

Menurut polis, pemeriksaan fizikal ke atas kedua-dua kanak-kanak tidak menunjukkan sebarang kecederaan mahupun kesan yang mencurigakan. Mereka juga segera berusaha mengesan ibu bapa kepada kanak-kanak itu.
Difahamkan, ibu bapa mereka merupakan warga Myanmar. Ketika kejadian, bapanya sedang tidur manakala ibu pula bekerja.
Kanak-kanak ini dipercayai keluar dari rumah dengan sendiri ketika bapanya sedang tidur dan ibunya pula bekerja. Kanak-kanak itu kini sudah diserahkan semula kepada ibu bapanya.- Tambah Mohamad Hatta.
Polis minta ibu bapa lebih peka…
Susulan kejadian ini, pihak polis turut mengingatkan semua ibu bapa supaya lebih peka dan memastikan pintu rumah sentiasa dikunci bagi mengelakkan anak-anak keluar tanpa pengawasan.
Pihak polis turut berterima kasih kepada orang awam yang prihatin dan pantas melaporkan insiden ini. Kami juga meminta kerjasama semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan kes ini sudah selesai.- Katanya.
Pssttt! Kepada semua ibu bapa, Ohmedia nak ingatkan korang supaya sentiasa ambil langkah keselamatan di rumah. Kadang-kadang kita fikir anak tengah tidur atau main dalam bilik, tapi sebenarnya dah keluar rumah. Pastikan pintu dikunci dan anak-anak sentiasa dalam pemantauan, terutamanya kalau hanya seorang dewasa saja yang ada di rumah.
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!