Dua lelaki ditangkap di SJR, miliki dadah – Utusan Digital

Dua lelaki ditangkap di SJR, miliki dadah – Utusan Digital

JEMPOL: Dua lelaki ditahan bersama-sama 110.5 gram dadah jenis heroin dan 13.25 gram dadah jenis syabu ketika cuba melepasi satu sekatan jalan raya (SJR) di sini, semalam.

Kedua-dua lelaki warga tempatan yang berusia 39 tahun itu ditahan anggota polis Balai Polis Bahau kira-kira pukul 2.30 petang ketika sedang menjalankan tugas di SJR Inner 7 di Taman Sornam, Jalan Bahau-Juasseh.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, penahanan kedua-dua individu tersebut yang beralamat di luar daerah ini telah menemukan dua peket plastik lutsinar pelbagai saiz mengandungi kira-kira 110.5 gram dadah berbahaya jenis heroin.

Dua lelaki ditangkap di SJR, miliki dadah – Utusan Digital

Turut ditemukan dua peket plastik lutsinar pelbagai saiz berisi bahan mengandungi ketulan jernih disyaki dadah berbahaya jenis syabu seberat 13.25 gram.

“Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek baru sahaja mengambil dadah tersebut di Batu Kikir dan melalui SJR untuk ke Bahau dengan alasan membeli makanan segera.

“Berikutan dengan penahanan itu, kedua-dua suspek bukan sahaja ditahan atas kesalahan memiliki dadah tetapi turut dikompaun sebanyak RM5,000 seorang kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana tiada permit merentas negeri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, tambah Chang Hook, pihaknya juga menangkap dua orang lelaki di Felda Pasoh 2, Batu Kikir dekat sini kelmarin atas kesalahan memiliki dadah.

“Kesemua individu yang memiliki rekod lampau kesalahan dadah di siasat di bawah Seksyen 39A (1) dan 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Scroll to Top