Dua maut dalam insiden tembakan di Homs, Syria

Dua maut dalam insiden tembakan di Homs, Syria

Istanbul: Dua orang maut manakala beberapa yang lain cedera pada malam Sabtu selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di dalam sebuah kafe di kampung Umm Hartin di wilayah Homs, barat Syria, menurut Kementerian Dalam Negeri, lapor Anadolu Ajansi (AA).

Menurut kenyataan kementerian, kumpulan bersenjata itu memasuki premis berkenaan dan melepaskan tembakan ke arah orang ramai, membunuh dua individu sebelum melarikan diri.

Kementerian berkata unit khas “segera mengambil langkah perlu untuk menutup kawasan, menyiasat kejadian, menahan pelaku dan membawa mereka ke muka pengadilan.”

Ia memaklumkan langkah tambahan turut diambil bagi melindungi orang awam dan memastikan keselamatan umum.

Kementerian mengecam serangan berkenaan dan sekali lagi menolak semua bentuk keganasan yang mengancam keselamatan serta kestabilan masyarakat.

Serangan itu berlaku ketika pentadbiran baharu Syria berusaha memperketat kawalan keselamatan di seluruh negara selepas Bashar al-Assad digulingkan pada Disember lalu, menamatkan 24 tahun pemerintahannya.

Assad melarikan diri ke Rusia, sekali gus menamatkan pemerintahan Parti Ba’ath yang berkuasa sejak 1963.

Sebuah pentadbiran peralihan yang diketuai Presiden Ahmad Al-Sharaa mengambil alih tampuk pemerintahan pada Januari.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top