Dua maut, seorang hilang akibat tanah runtuh di selatan China

Dua maut, seorang hilang akibat tanah runtuh di selatan China
Dua maut dan seorang hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Gaozhou, selatan China. Foto hiasan 123RF

Dua maut dan seorang hilang dalam kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat di Gaozhou, selatan China. Foto hiasan 123RF

GUANGZHOU – Dua orang maut dan seorang lagi masih hilang selepas kejadian tanah runtuh akibat hujan lebat melanda sebuah kampung di Wilayah Guangdong, selatan China, pagi Ahad, menurut pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.

Tanah runtuh itu berlaku sekitar jam 7 pagi di Kampung Pingtougang, yang terletak di Bandar Gaozhou, menyebabkan tujuh orang terperangkap, menurut Biro Pengurusan Kecemasan Gaozhou.

Enam orang berjaya diselamatkan, namun dua daripada mereka meninggal dunia kemudian walaupun menerima rawatan kecemasan. Empat lagi mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Operasi mencari dan menyelamat bagi mangsa yang masih hilang sedang giat dijalankan. – Bernama-Xinhua

Scroll to Top