Dua motosikal ubah suai ditahan JPJ

Dua motosikal ubah suai ditahan JPJ

Mohd Fadzil harisfadli@hmetro.com.my

Klang: Dua mekanik ditahan bersama motosikal yang diubah suai secara ekstrem dalam sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Bukit Raja, di sini, kelmarin.

Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor Azrin Borhan berkata, kedua lelaki terbabit mendakwa sedang menguji motosikal milik pelanggan ketika ditahan.

Menurutnya, kedua mereka merupakan warga tempatan dan Indonesia ditahan secara berasingan pada 6.30 petang dan 7 malam dipercayai dalam perjalanan ke Pantai Remis di Perak.

“Kedua datang dari Klang dan Padang Jawa menuju ke Pantai Remis dengan menunggang motosikal yang dianggarkan kos ubah suai mencecah RM8,000.

“Penunggang mendakwa tidak tahu cukai jalan dan insurans kedua jentera itu sudah tamat tempoh kerana motor milik pelanggan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, pihaknya tidak menolak kemungkinan motosikal terbabit digunakan untuk tujuan lumba haram dan kedua lelaki berkenaan ditahan serta motosikal mereka disita untuk tindakan lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top