Dua nelayan terkandas hampir tiga jam diselamatkan APMM

Dua nelayan terkandas hampir tiga jam diselamatkan APMM

am@hmetro.com.my

Pontian: Dua nelayan berdepan detik cemas apabila terkandas hampir tiga jam akibat bot mengalami kerosakan di kedudukan kira-kira 0.2 batu nautika dari Pulau Pisang di sini.

Timbalan Pengarah Operasi Maritim Johor Kepten Maritim Kama Azri Kamil berkata, kedua-dua mangsa diselamatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Johor menerusi operasi pagi tadi.

Beliau berkata, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima panggilan kecemasan pada 7.30 pagi, operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi pencarian mangsa digerakkan 7.45 pagi.

Katanya, pasukan SAR menemukan bot nelayan berkenaan pada 10 pagi, sementara mangsa, Anizam Azin, 54, dan Muhamad Shahruddin Abdullah, 28, ditemukan dalam keadaan selamat.

“Mangsa dibawa pulang ke Jeti Ayer Baloi, Pontian. Operasi turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) Johor,” katanya menerusi siaran media hari ini.

Beliau menyeru orang ramai melaporkan sebarang kecemasan atau kejadian mencurigakan di laut dengan menghubungi talian kecemasan 999 atau MRSC Johor Bahru di talian 07-2219231 untuk tindakan segera.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top