Dua Pelakon Popular ‘Comolot’ , Gambar Tersebar Di Pusat Beli Belah?

Dua Pelakon Popular ‘Comolot’ , Gambar Tersebar Di Pusat Beli Belah?

Hangat diperkatakan apabila dua pelakon popular dikatakan sedang menjalin hubungan cinta didakwa melakukan aksi tidak senonoh.

Memetik mStar Online, gambar aksi mesra mreka dikatakan tertampal bersama gambar pelanggan lain di sebuah photobooth di pusat beli-belah Wangsa Walk, Kuala Lumpur.

Difahamkan, gambar tersebut dijumpai secara tidak sengaja oleh orang awam memperlihatkan kedua pelakon itu mesra berpelukan serta bercium di bahagian pipi dan mulut.

Sumber yang terjumpa gambar tersebut berkata dia terkejut serta kecewa dengan tindakan artis berkenaan kerana mereka sepatutnya menunjukkan contoh yang baik.

“Saya terkejut kenapa sampai macam itu? Dia kan artis, patut tunjuk contoh yang baik,” katanya.

Difahamkan, pelakon lelaki tersebut merupakan bekas peserta pencarian bakat  manakala aktres tersebut berasal dari Sabah.

Kisah cinta mereka tidak pernah dihidu media mahupun peminat, foto tersebut seolah-olah mengesahkan mereka punyai hubungan istimewa.

Sumber: mStar Online


Scroll to Top