KATHMANDU: Dua pendaki masing-masing Amerika Syarikat dan Switzerland maut di Gunung Everest, menjadi korban pertama musim ini, kata penganjur ekspedisi di Nepal hari ini.
“Dua pendaki meninggal dunia semalam,” kata Mingma Sherpa dari Seven Summit Treks kepada AFP.
Menurut Chhang Dawa Sheerpa dari organisasi yang sana, pendaki Switzerland Abdul Waraich, 40, yang sudah sampai ke puncak, meninggal dunia ketika dalam perjalanan turun dan mengalami keletihan.
“Kami menghantar dua sherpa tambahan dengan oksigen dan makanan, namun mereka tidak dapat menyelamatkannya,” katanya di Instagram.
Pendaki Amerika Syarikat, Puwei Liu, 55, yang sudah menghampiri kawasan Hillary Step tetapi terpaksa dibawa turun selepas mengalami mengalami keletihan dan kehilangan penglihatan (snow blindness), kata penganjur.
Dia berjaya sampai di kem empat tetapi kemudiannya meninggal dunia.
Sejak kebelakangan ini, jumlah pendaki yang mahu menakluk puncak Everest bertambah dan difahamkan ianya menjadi antara punca meningkatnya jumlah kematian pendaki di gunung tertinggi di dunia.
Berikutan itu, Kementerian Pelancongan Nepal mengumumkan peraturan bagi mengehadkan jumlah pendaki setiap kali tibanya musim pendakian.
Industri pelancongan Nepal mengalami tamparan dahsyat tahun lalu, akibat COVID-19 yang menyebabkan penutupan puncak gunung yang menyebabkan kerugian jutaan pendapatan.
Tahun ini, pihak berkuasa melonggarkan peraturan kuarantin dalam usaha menarik pendaki dan mengeluarkan permit kepada lebih 400 orang.
Permit Everest berharga AS$11,000 (RM45,237) dan pendaki membayar lebih daripada AS$40,000 (RM164,500) untuk melakukan ekspedisi. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




