Dua Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Sampai Masuk Penjara Thailand 9 Bulan | Trending – Oh! Media

Dua Rakan Didakwa Aniaya Eda Ezrin Sampai Masuk Penjara Thailand 9 Bulan | Trending – Oh! Media

Trending

Polis Kelantan buru dua rakan didakwa aniaya penyanyi Eda Ezrin hingga dipenjara 9 bulan di Thailand.


Polis Kelantan kini sedang memburu dua individu, seorang lelaki dan seorang wanita yang didakwa menganiaya penyanyi terkenal Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail.

Menurut laporan Sinar Harian, kedua-dua suspek dipercayai menjadi punca Eda, suami dan empat rakannya ditahan selama sembilan bulan di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat, Thailand.

Perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat.

Semasa soal siasat, Eda Ezrin dan empat lagi tidak mengaku memiliki dadah dan mendakwa telah dianiaya oleh dua rakan terbabit.

Eda Ezrin dakwa dianiaya rakan sendiri

Eda Ezrin Dadah

Datuk Mohd Yusoff mendedahkan bahawa kedua-dua suspek sudah pun berada dalam senarai pemerhatian polis sebelum ini, dan kini sedang giat diburu.

Tambahnya lagi, pihak polis tidak menolak kemungkinan akan memanggil kembali Eda Ezrin, suami dan empat rakannya jika diperlukan untuk membantu siasatan.

Bebes selepas 9 bulan menderita

Eda Ezrin

Sebelum ini, di Thailand, Eda Ezrin serta suami dan empat rakannya hanya disabitkan kesalahan urin positif dan menjalani hukuman penjara tiga bulan.

Mereka dibebaskan sepenuhnya pada Rabu lalu selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh rayuan buat kali keenam.

Pssttt! Berhati-hatilah dalam memilih kawan. Kadang-kadang orang yang kita percayai itulah yang paling mampu menjatuhkan kita.

Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.

author avatar

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Scroll to Top