Zaman sekarang, telefon bimbit dah jadi senjata kalau jatuh ke tangan orang salah. Itu yang berlaku bila seorang pembantu chef jadi mangsa pemerasan lepas video hubungan seks dia bersama teman wanita digodam dari telefon sendiri.
Memetik laporan polis, dua remaja lelaki didapati jadi dalang kepada kes ni telahpun ditahan. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail kata mangsa berusia 19 tahun itu memaklumkan sudah membayar RM2,800 secara ansuran.
Suspek kemudian meminta lagi sejumlah wang tunai sebanyak RM1,000 daripada mangsa yang kemudian bertindak membuat laporan polis.
Suspek ditahan di tempat kerja mangsa…

Lepas laporan dibuat, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Ampang Jaya terus bertindak. Kedua-dua suspek berusia 18 tahun berjaya ditahan di pusat beli-belah Galaxy Ampang, iaitu tempat kerja mangsa.
Tiga telefon bimbit turut dirampas daripada mereka untuk siasatan lanjut. Bukan setakat ugut dan simpan bahan lucah, dua-dua suspek juga disahkan positif dadah jenis THC hasil ujian air kencing yang dijalankan.
Setakat ini kedua-dua suspek direman selama empat hari bermula semalam hingga Khamis.- Kata Mohd Azam.
Kes disiasat di bawah dua seksyen…
Polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 385 Kanun Keseksaan, pemerasan hingga menyebabkan ketakutan, hukuman penjara hingga 7 tahun.
Seksyen 292 Kanun Keseksaan, memiliki bahan lucah, hukuman penjara hingga 3 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pssttt! Kes ni jadi pengajaran penting untuk semua – hati-hati dengan kandungan dalam telefon dan siapa yang kita percayakan. Peras ugut bukan perkara main-main, lebih-lebih lagi bila ia libatkan maruah dan keselamatan diri. Jangan sesekali tunduk pada ancaman, sebaliknya segera buat laporan. Biar undang-undang ambil tindakan.
Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.




