Kota Bharu: Dua individu dipercayai terbabit dalam kes serangan asid terhadap seorang pemilik spa di Beris Kubur Besar, Bachok pada 17 Mei lalu boleh dipanggil semula untuk membantu siasatan sekiranya diperlukan.
Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, wanita berusia 38 tahun dan lelaki berumur 45 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis pada 28 Mei lalu.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengesan seorang lagi suspek yang dipercayai masih berada di negeri ini.
“Polis juga belum menerima laporan lengkap daripada Jabatan Kimia dan Makmal Forensik berkaitan cecair dipercayai asid yang digunakan dalam serangan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.
Pada 17 Mei lalu, seorang peniaga wanita disimbah sejenis cecair dipercayai asid oleh individu tidak dikenali ketika berada berhampiran sebuah kedai serbaneka di Beris Kubur Besar, Tawang.
Mangsa yang melecur pada bahu, belakang badan, lengan serta kaki kini dalam keadaan stabil dirawat di Wad Unit Rawatan Kebakaran, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.
- 2 suspek kes simbah asid dibebaskan dengan jaminan polis
- Dia takut dan trauma, tak tahu motif kena simbah asid
- Kes simbah asid: Polis ambil sampel asid dari tempat kerja 2 suspek
- Polis siasat punca bahan kimia kes serangan asid di Bachok
- Kes simbah asid: Polis teliti kandungan telefon bimbit suspek kedua
- CCTV rakam suspek simbah asid pengusaha spa
- Pengusaha spa disimbah asid, kedai turut disimbah 2 minggu sebelum serangan
- Polis kesan empat cap jari kes simbah asid pengusaha spa
© New Straits Times Press (M) Bhd