Dua warga asing dipercayai mengemis di KLIA ditahan

Dua warga asing dipercayai mengemis di KLIA ditahan

Putrajaya: Polis menahan dua lelaki warga asing dipercayai menjalankan aktiviti mengemis di Terminal Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah KLIA ACP M. Ravi berkata kedua-dua suspek berusia 28 dan 45 tahun itu dipercayai individu yang dipaparkan dalam video tular di media sosial berkaitan aktiviti mengemis di kawasan terminal berkenaan.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati suspek yang masing-masing warganegara Tajikistan dan Palestin itu tidak memiliki pasport atau dokumen perjalanan yang sah.

“Modus operandi suspek adalah dengan menghampiri pengunjung di lapangan terbang untuk meminta wang dengan meraih simpati,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top