Sebelum ini, pempengaruh media sosial, Ameera Khan berharap hubungannya dengan aktor terkenal Indonesia, Jefri Nichol akan kekal selamanya.
Menerusi satu video, Ameera berkata keluarga tidak pernah menghalang hubungannya asalkan lelaki itu boleh membahagiakannya.
“Mama dan daddy akan restu siapa sahaja yang saya pilih, asalkan dia membuatkan saya bahagia dan rasa selamat. Jangan runsing tentang saya dan keluarga saya sebab alhamdulillah, ramai yang jaga dan pantau saya,” katanya.
Sementara itu, Ameera turut meminta netizen supaya tidak menilai seseorang itu dari segi luaran kerana sebelum ini dia pernah bercinta seseorang yang dikatakan baik namun berperangai tidak baik.
“Dulu bercinta dengan orang yang dikatakan baik padahal perangai macam setan. Baik depan, setan di belakang. Yang sebelum ini bukan setan tapi perangai macam iblis. Tapi luaran orang tengok baik. Itulah, jangan mudah menilai orang.
“Jadi lebih baik tunjuk sahaja apa yang pernah awak buat dan apa yang tidak pernah, biar saya tahu. Kalau okey, saya akan terima. Jangan berpura-pura,” katanya.
SUMBER: Kosmo




