“Dulu Dapat F, Sekarang Full Marks!” – Rita Rudaini Terkejut Arjuna Cemerlang Subjek Paling Tak Suka

“Dulu Dapat F, Sekarang Full Marks!” – Rita Rudaini Terkejut Arjuna Cemerlang Subjek Paling Tak Suka

Pelakon jelita, Rita Rudaini meluahkan rasa bangga dan terharu dengan pencapaian terbaru anak lelaki keduanya, Airit Qaqa Arjuna, 14, yang berjaya mendapat markah penuh dalam ujian, meskipun subjek itu bukan kegemarannya.

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs), Rita berkongsi anak keduanya itu bersama Arjuna atau lebih mesra disapa sebagai Juna yang membuatkan hatinya tersentuh apabila diberitahu tentang keputusan ujian Matematik.

“Ambik Juna dari sekolah, dia cakap ‘mommy.. adik dapat full marks test’. Memang speechless sebab Juna tak suka matematik itu dari dulu.

“Tahun lepas matematik dia dapat F saja, mommy cakap ‘last exam bagi mommy C pun cukup, kalau tidak berhenti bola’. Tapi dia bagi B,” tulisnya.

Kini, Juna bukan sahaja melepasi sasaran, malah dua kali mengejutkan Rita dengan keputusan cemerlang tahun ini.

“Tahun ni dah dua kali dia bagi keputusan test di luar jangkaan. Anak mommy makin matang. Matang memahami dan menilai nasihat-nasihat mommy,” tambahnya lagi.

Scroll to Top