Pelakon, Aprena Manrose menyentuh hati ramai apabila meluahkan perasaannya sebagai seorang wanita pejuang dua garis.
Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Aprena atau nama lengkapnya, Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 36, mendedahkan dia bersama saudaranya yang juga selebriti, Nelydia Senrose saling berusaha untuk hamil atau ikhtiar mendapatkan zuriat.
Namun begitu, Nelydia baru sahaja mengumumkan berita gembira yang kini sedang berbadan dua setelah tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan bersama suami, Mohd Hafez.
“Saya nak meluah sekejap. Dulu saya dan Nelydia Senrose sama-sama ‘trying to conceive’ (TTC). Kita kuatkan sesama kita. Sekarang, tinggalah saya seorang saja yang belum ada rezeki anak.
“Semua cousins dah beranak pinak. Saya bila lagi Ya Allah?,” katanya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan pesanan kepada Aprena agar dia menemui jodoh yang lebih baik, sekali gus diberikan rezeki untuk bergelar ibu suatu hari nanti.

Imbas kembali, Aprena pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Afiq Hazman pada 12 November 2016 sebelum pasangan itu sah bercerai pada Jun 2025.
Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Akui Ramai Lelaki Dekati Lepas Cerai, Tapi Belum Sedia Buka Hati – “Penat, Nak Nikmati ‘Single’ Dulu”
Artikel Berkaitan: Aprena Manrose Akui Pernah Cuba ‘Selamatkan’ Rumah Tangga Ketika Masih Dalam Idah – “Saya Reda, Dekatkan Diri Kepada Allah…”




