Penyanyi Radhi OAG mendedahkan dia berjaya menjauhkan tabiat menghisap vape sudah tiga tahun selepas dia mengalami sesak nafas yang serius.
Memetik mStar Online, Radhi menyifatkan kejadian itu sebagai petujuk untuk dia mengubah gaya hidup lebih sihat meskipun sebelum ini baginya susah untuk meninggalkan tabiat berkenaan.
BACA: Beza 5 Tahun Dengan Anak Sulung, Radhi OAG Rancang Kahwin Lepas Kekasih Habis Belajar
“Masa tu saya memang tegar hisap vape. Sampai waktu makan, waktu tidur, bahkan waktu bercakap pun saya hisap vape. Saya anggap vape tu sedap sangat sampai nak tinggalkan pun susah.
“Saya alami sesak nafas dan rasa itu cubitan daripada Allah sebagai petunjuk supaya berhenti. Memang itu titik perubahan buat saya,” katanya.
Sementara itu, Radhi berkata vape lebih berbahaya berbanding rokok apatah lagi banyak berita serta informasi berkenaan rokok elektronik dilaporkan.
Tambah Radhi lagi, dia mendapat kekuatan untuk menjauhi vape dengan amalan berselawat yang kini menjadi ‘makanan’ hariannya.
“Saya dapat kekuatan dengan berselawat. Kira selawat macam jadi makanan harian saya sekarang. Dulu saya makan asap, sekarang makan selawat,” katanya.
Sumber; mStar Online