Dulu menolak, isteri VVIP baru sedar vaksin penting bila dah ‘fly’ ke Eropah

source_img
Share on facebook
Share on twitter
Share on email
Share on whatsapp

Seluruh dunia sememangnya sedang giat mengagihkan pemberian suntikan vaksin kepada semua masyarakat. Hal ini bagi melindungi setiap individu daripada mengalami komplikasi lebih serius andai dijangkiti Covid-19.

Walau bagaimanapun, masih ada golongan yang menolak pengambilan vaksin atas alasan-alasan tertentu. Namun, ramai juga dari golongan mereka yang sudah dapat menerima kepentingan vaksin susulan mendapat maklumat yang tepat mengenai hal itu.

Hal ini telah dikongsikan oleh pengguna Twitter apabila memuat naik kembali perkongsian seorang isteri kepada bekas ahli politik yang menyedari kepentingan vaksin selepas berada di luar negara.

Menurutnya, setiap kali mahu ke sesuatu tempat, certificate menyatakan sudah menerima suntikan vaksin adalah perkara pertama yang harus dibuktikan.

Perkara berkenaan telah mendapat sorotan daripada netizen susulan kenyataan isteri kepada VVIP tersebut yang pernah memaklumkan menolak suntikan vaksin ketika membalas komen di ruangan Instagramnya.

Akan tetapi, ruangan komen perkongsian [email protected] itu mendapat respon yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata mendakwa yang individu tersebut sebenarnya lebih kepada mahu ‘travel’ ke luar negara terutamanya United Kingdom.

Selain itu, mereka juga seakan menyedari beliau mengambil vaksin jenis Moderna untuk memastikan dapat masuk ke muzium, kafe ataupun restoran.

Namun, tindakan beliau seharusnya tetap dipuji walaupun agak lambat untuk mendapatkan suntikan vaksin. Hal ini kerana beliau akhirnya akur dan sedar tentang kepentingan vaksin andai mahu menuju kemana-mana bagi melindungi masyarakat akan jangkitan pandemik.

Sumber: Twitter @KucingKuncitara