“Dulu Tak Ada Pula Nak Post Pasal Anak-Anak, Nampak Sangat Beria Bro” – Luah Rasa Berang, Status Adam Shahz Tuju Pada Siapa?

“Dulu Tak Ada Pula Nak Post Pasal Anak-Anak, Nampak Sangat Beria Bro” – Luah Rasa Berang, Status Adam Shahz Tuju Pada Siapa?

Perkongsian terkini pelakon, Adam Shahz mencuri perhatian selepas dia meluahkan rasa kurang senang terhadap seorang individu.

Menerusi muat naik status di platform Threads, Adam yang juga bekas suami aktres Fatin Afeefa ini menegur individu yang dikatakan terlalu ‘beria’ berkongsi tentang anak-anak.

“Nampak beria sangat bro kau try hard tu, sebab orang tak ambil port hal kau ke?

“Sudah-sudah la tu, dulu tak ada pula kau nak post pasal anak-anak. Ini hari-hari lalu kat feed,” tulisnya.

Bagaimanapun, Adam tidak menjelaskan lebih terperinci siapakah gerangan individu yang merujuk kepada mesej tersebut.

Terdahulu, Adam pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Fatin Afeefa pada 2013 dan sah bercerai pada 2017. Mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ivy Herra Sophia.

Selepas bercerai dengan Adam, Fatin kini sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aliff Awang.

Scroll to Top