EAIC syor hukuman kepada pegawai imigresen gagal ambil tindakan terhadap warga asing

EAIC syor hukuman kepada pegawai imigresen gagal ambil tindakan terhadap warga asing

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) mengesyorkan hukuman terhadap pegawai Imigresen Selangor yang dikatakan gagal mengambil tindakan terhadap aduan mengenai warga asing.

EAIC dalam kenyataan hari ini, memaklumkan pihaknya menerima aduan terhadap pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor yang dikatakan gagal mengambil tindakan sewajarnya ke atas aduan berkaitan seorang warga asing yang tinggal lebih masa dan tidak mempunyai dokumen perjalanan sah di negara ini.

“Siasatan dilakukan mendapati terdapat ketidakpatuhan pada prosedur operasi standard (SOP) pengurusan aduan oleh JIM Selangor semasa mengendalikan aduan pengadu sehingga menyebabkan ia tidak dikendalikan sewajarnya.

“Justeru itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor hukuman terhadap pegawai yang terbabit kepada pihak berkuasa tatatertib (PBT) JIM,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top