Pendakwah bebas sensasi, Ebit Lew berkongsi situasi sepanjang majlis pengkebumian isteri kepada usahawan dan pempengaruh popular, Ridzokumura menerusi platform media sosial miliknya.
Menurut Ebit, Ridzokumura dan Allahyarham Akiko adalah pasangan yang sangat baik sekaligus memuji bahawa nilai seseorang memeluk Islam adalah besar disisi Allah selain arwah juga pergi dihari yang baik iaitu Jumaat.
“Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Betapa baiknya keluarga ini. Besar nilai seseorang memeluk Islam. Membimbing sehingga pergi dengan keadaan baik. Meninggalkan anak yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, Ebit atau nama penuhnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew, menerusi hantaran sama mendedahkan, Ridzo sebelum ini ada memaklumkan kepadanya menerusi sesi siaran langsung di TikTok bahawa dia berniat untuk membawa isteri dan anaknya itu menunaikan umrah.
“Baru abang (panggilan untuk Ridzokumura) sebut nak bawa isteri dan anak umrah baru ini masa saya live.
“Semoga Allah ampunkannya dan beri syurga Firdaus buatnya, sabar ya @ridzokumura dan sky. Nanti jumpa semula dalam syurga. Abang dan keluarga orang baik,” kongsinya.
ARTIKEL BERKAITAN:“Akiko Telah Pergi Meninggalkan Saya & Anak Selamanya” – Isteri Ridzuan Ridzokumura Meninggal Dunia
ARTIKEL BERKAITAN:Wanita Warga Jepun Ditemui Maut Terjatuh Dari Tingkat 4 Kondominium
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet meluahkan rasa sebak terutama apabila melihat reaksi anak tunggal arwah yang kelihatan tidak berhenti menangis meratapi kehilangan ibunya.