Oh! Artis
Eda Ezrin bongkar pengalaman hidup dalam penjara Thailand, siap boleh beli make up dan barang sendiri.
Penyanyi Eda Ezrin akhirnya buka cerita pengalaman hidupnya ketika ditahan hampir setahun di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand. Selepas sebulan dibebaskan, perkongsiannya di TikTok terus mencuri perhatian ramai, terutama bila dia bongkar macam mana banduan di sana jalani kehidupan seharian.
Menurut Eda atau nama penuhnya Wan Norsahidah Azlin Wan Ismail, banduan di sana sebenarnya dibenarkan membeli barangan keperluan sendiri selagi ada duit dalam akaun.
Dalam itu, ada orang menjual. Yang penting ada duit dalam akaun, nak beli biskut, air bau (minyak wangi) dan make up.- Katanya.
Ramai terkejut bila dengar banduan siap boleh beli makanan ringan, barang penjagaan diri, sampai ke make up sekali.
Eda Ezrin dedah rutin harian penjara macam di rumah…

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu Cinta Setandan Pisang itu turut berkongsi bahawa rutin harian mereka tak jauh beza dengan kehidupan biasa di luar.
Kipas dan televisyen ada. Mandi sepatutnya lapan gayung je, tapi saya mandi air hujan sebab tak cukup air. Saya gosok gigi pun macam biasa seperti di rumah.- Jelasnya.
Katanya lagi, walaupun hidup dalam penjara, ibadah puasa tetap dijalankan macam biasa. Malah banduan Islam akan diasingkan untuk urusan makanan sepanjang Ramadan.
Puasa pula yang Islam diasingkan, cuma kena ambil makanan dan tulis makanan apa yang kita pilih.- Tambah Eda.
Dibebaskan selepas 9 bulan ditahan…

Untuk rekod, Eda, suaminya dan empat individu lain pernah didakwa memiliki 6,059 pil yaba (methamphetamine) pada November lalu.
Selepas lebih sembilan bulan ditahan, Eda akhirnya dibebaskan pada 6 Ogos lalu dari Penjara Pusat Narathiwat, Thailand. Kini, dia kembali meneruskan kehidupan bersama keluarga serta peminat yang sentiasa menyokongnya.
Pssttt! Kadang-kadang bila dengar kisah orang lain yang pernah lalui pengalaman perit, kita jadi lebih menghargai kebebasan yang kita ada sekarang. Ohmedia nasihatkan korang supaya hargai hidup, pilih jalan yang betul dan jauhi benda-benda yang boleh bawa padah.
Kredit: TikTok
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




