Eda Ezrin Dibebaskan Sepenuhnya Hari Ini

Eda Ezrin Dibebaskan Sepenuhnya Hari Ini

Penyanyi dikir barat, Eda Ezrin dibebaskan sepenuhnya hari ini selepas lebih sembilan bulan ditahan di Penjara Pusat Penjara Pusat Narathiwat.

Memetik BH Online, pembeasan mereka dibuat selepas mahkamah menolak permohonan pendakwa raya untuk menyambung tempoh mengemukakan rayuan buat kali keenam hari ini.

BACA: Eda Ezrin Makin Cantik, Sihat & Tak Lagi Murung Dalam Penjara

Difahamkan, penyanyi itu bersama suaminya dan empat individu lain dibebaskan oleh hakim mahkamah penjara Narathiwat jam 11 pagi tadi (waktu Thailand).

Pada 6 Mac lalu, Eda bersama suami dan empat rakannya terlepas hukuman penjara selepas Mahkamah Wilayah Narathiwat memutuskan mereka bebas dari tuduhan memiliki 6,059 biji pil yaba pada 1 November tahun lalu.

Sumber: BH Online


Scroll to Top