Penyanyi Bea Sobar Bea, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, kini dilaporkan berada dalam keadaan sihat, bersemangat dan langsung tidak menunjukkan tanda kemurungan meskipun sedang menjalani tahanan di Penjara Pusat Narathiwat, Thailand.
Laporan ini disahkan sendiri oleh Komander Penjara Pusat Narathiwat, Surin Chanthep yang memberitahu bahawa Eda dan beberapa rakan banduan wanita lain di Zon 8 menjalani aktiviti harian seperti biasa dan dilayan sama rata seperti banduan lain.
Eda Ezrin dan rakan-rakannya yang ditempatkan di Zon 8, iaitu blok penjara wanita, mengikuti aktiviti harian seperti biasa.
Dia sihat, tidak stres. Pihak penjara memberi layanan sama rata kepada semua banduan.- Katanya.
Eda Ezrin makin berisi dan cantik?
Lebih menarik perhatian, seorang pegawai penjara wanita yang enggan dikenali turut berkongsi pemerhatian peribadinya terhadap perubahan positif Eda sejak ditahan.
Eda Ezrin tidak mengalami apa-apa masalah, malah dia kelihatan semakin berisi dan cantik. Mungkin hatinya senang.- Katanya.
Walaupun ramai menganggap penjara sebagai tempat penuh tekanan, tetapi situasi Eda jelas menunjukkan sebaliknya. Malah, fizikalnya dilihat semakin sihat dan penampilannya lebih berseri.
Eda Ezrin masih belum boleh dibebaskan…
Untuk rekod, Eda Ezrin bersama suaminya dan empat lagi rakan pernah dibebaskan daripada tuduhan dadah pada 6 Mac lalu.
Namun begitu, penahanan mereka masih belum menemui titik noktah. Menurut Pengerusi Jawatankuasa Undang-Undang, Keadilan dan Hak Asasi Manusia Parlimen Thailand, Kamonsak Leewamoh, proses lanjutan penahanan mereka kini sepenuhnya bergantung kepada keputusan mahkamah.
Pssttt! Walaupun Eda Ezrin dilaporkan dalam keadaan sihat dan ceria, Ohmedia harap korang semua jangan lupa yang penjara bukanlah tempat untuk dijadikan pilihan hidup. Kadang-kadang, keputusan masa lalu boleh bawa akibat yang panjang. Jadi, hargailah kebebasan yang korang ada dan sentiasa pilih jalan yang betul, walau apa pun dugaan yang datang.
Kredit: Sinar Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Dapatkan kemaskini harian Oh! Media setiap hari terus di emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!






