Eda Ezrin Makin Cantik, Sihat & Tak Lagi Murung Dalam Penjara

Eda Ezrin Makin Cantik, Sihat & Tak Lagi Murung Dalam Penjara

Penyanyi Bea Sobar Bea iaitu Eda Ezrin yang kini sedang menjalani tahanan di Penjara Pusat Narathiwat, dilaporkan semakin cantik dan sihat.

Memetik portal berita apakhabartv.com, perkara itu disahkan oleh Komander Penjara Pusat Narathiwat, Surin Chanthep yang memberitahu Eda tidak lagi mengalami kemurungan ketika awal dia dimasukkan ke penjara.

BACA: Eda Ezrin Merintih Bila Akan Dibebaskan, Semakin Kurus – Bapa 

“Eda Ezrin dan rakan-rakannya yang ditempatkan di Zon 8, iaitu blok penjara wanita, mengikuti aktiviti harian seperti biasa.

“Dia (Eda Ezrin) sihat, tidak stres. Pihak penjara memberi layanan sama rata kepada semua banduan,” katanya.

Sementara itu, seorang pegawai yang menjaga banduan wanita di penjara berkenaan memberitahu penyanyi itu dilhat semakin cantik dan berisi.

“Eda Ezrin tidak mengalami apa-apa masalah, malah dia kelihatan semakin berisi dan cantik… mungkin hatinya senang,” katanya.

Terdahulu, Eda Ezrin bersama suaminya dan empat lagi rakan dibebaskan daripada tuduhan dadah pada 6 Mac lalu. Bagaimanapun, penahanan mereka di Thailand masih belum menemui titik noktah.

Sumber: Sinar Harian


Scroll to Top