Penyanyi Bae Sobar Bae iaitu Eda Ezrin meminta gar diberi ruang sementara menunggu suaminya, Mohd Affendi Ahmad yang masih berada di Depot Tahanan Imigresen Golok bagi selesaikan urusan dokumentasi sebelum dibenarkan pulang.
Memetik Sinar Harian, sumber memberitahu Eda memilih untuk berdiam diri buat sementara waktu serta memohon agar tidak diganggu.
BACA:Eda Ezrin Dibebaskan Sepenuhnya Hari Ini
“Dia tunggu suami pulang ke sini (Kelantan). Kemudian akan bincang dengan suaminya, bila selesai semua itu barulah kumpul keluarga pula. Buat masa sekarang Eda Ezrin mohon jangan diganggu,” katanya.
Difahamkan, Eda kembali ke pangkuan keluarga tercinta pada jam 11.40 malam tadi selepas sembilan bulan berada di Penjara Pusat Wilayah Narathiwat.
Dalam laporan terbaru, suami Eda Ezrin dan tiga rakannya sudah dihantar ke Kelantan pagi tadi.
Semua mereka melalui proses sama seperti Eda Ezrin iaitu dihantar oleh kakitangan Jabatan Imigresen dan diserahkan kepada polis Kelantan, kemudian ke Ibu Pejabat Kontinjen Polis (IPK) Kelantan untuk diambil keterangan.
Sumber: Sinar Harian