Eda Ezrin Syukur Tak Diboikot, Banyak Terima Jemputan Buat Persembahan

Eda Ezrin Syukur Tak Diboikot, Banyak Terima Jemputan Buat Persembahan

Penyanyi dikir barat, Eda Edrin meluahkan rasa syukur tidak diboikot susulan kontroversi terpalit dirinya selepas 9 bulan ditahan di Penjara Pusat Narathiwat.

Memetik Harian Metro, Eda berkata dia banyak menerima jemputan untuk membuat persembahan namun buat masa ini dia mahu memberi fokus pada keluarga dan anak-anak.

BACA: Eda Ezrin Nak Hasilkan Lagu Baru, Inspirasi Kisah Hidup Sendiri

“Alhamdulillah, saya terima banyak permintaan untuk membuat persembahan, namun saya meminta masa untuk bersama anak-anak dan keluarga dahulu.

“Saya mahu menebus masa yang hilang dan membeli jiwa anak-anak selepas sekian lama ditinggalkan.

“Saya bersyukur saya tidak diboikot apabila masih ramai yang mahukan saya membuat persembahan,” katanya.

Hampir tiga minggu pulang ke pangkuan keluarga, Eda berkata kehidupannya kini semakin baik sert meluangkan masa bersama anak-anak.

“Sejak beberapa hari lalu saya ada keluar di pusat membeli belah bersama anak-anak dan penerimaan orang ramai juga baik-baik sahaja,” katanya.

Sumber: Harian Metro


Scroll to Top