‘Edit’ buang dua angka, Amir Raja Lawak minta maaf pada pemilik nombor plat

‘Edit’ buang dua angka, Amir Raja Lawak minta maaf pada pemilik nombor plat

Pelawak dan pelakon, Amir Raja Lawak tampil memohon maaf kerana menimbulkan kekeliruan berhubung nombor pendaftaran kereta baharu jenis Perodua Alza miliknya.

Menurut Amir nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, nombor pendaftaran kereta berwarna hitam miliknya itu adalah AME 1219 dan bukan AME 12 seperti dalam gambar dimuat naik sebelum ini.

Amir berkata, dia mengakui bertindak menyunting gambar tersebut dengan membuang dua angka iaitu ’19’ sekali gus memohon maaf kepada pemilik nombor pendaftaran AME 12.

“Assalamualaikum. Saya rasa lepas saya post gambar bersama kereta tadi (semalam), ada salah faham sebab orang anggap nombor saya dua angka itu.
“Sebenarnya ini nombor saya yang betul iaitu AME 1219. Nombor 19 yang belakang itu tarikh lahir saya. Gambar penuh plat saya tadi, saya edit.
“Dengan ini saya minta maaf juga banyak-banyak kepada pemilik nombor plat AME12,” tulisnya semalam.

Pelawak berusia 34 tahun itu berkongsi posting terbaharu dengan memuat naik sekeping foto bersama nombor pendaftaran asal serta video permohonan maaf.

Semalam, pelakon filem Hantu Bonceng 2.0 itu meluahkan kesyukuran apabila dapat membeli kereta baharu hasil titik peluhnya yang mengusahakan bisnes minuman selain kerjaya dalam bidang seni.

“Terima kasih yang support saya beli Air Jagung Amirreka dan kongsi rezeki shooting dengan saya. Ini adalah hasil dari anda yang ikhlas support dan percaya dengan saya,” tulisnya.

Sumber: Facebook & Instagram Amir Raja Lawak