Pelakon Ellie Suriaty meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir pihak yang menggunakan panggilan ‘retis’ merujuk kepada penggiat seni.
Menerusi satu hantaran di Insta Story, Ellie turut mempersoalkan apa itu ‘retis’ serta menyifatkan panggilan seperti ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni.
BACA: Ellie Suriaty Puji Kamal Adli, Mulut Sentiasa Sebut Isteri & Anak
“Dalam industri seni kreatif, tiada istilah pekerjaan ‘Retis’. ‘Retis’ tu apa? Bagi saya, seorang penggiat seni industri kreatif, rujukan artis sebagai ‘retis’ adalah sebuah ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni,” katanya.
Sementara itu, Ellie turut berharap orang ramai menghormati kerjaya sebagai penggiat seni.
“Kami tidak pernah terfikir nak menyakiti hati hamba-hamba Allah yang lain dengan pekerjaan mereka. Mengapa perlu kamu?” katanya.




